10 TAHUN MENUNGGU ZURIAT, AKHIRNYA...
Memiliki cahaya mata adalah impian bagi setiap pasangan yang telah mendirikan rumah tangga. Cahaya mata ini menjadi tali pengikat hubungan pasangan dan juga menjadi penyeri keluarga. Namun, tidak semua pasangan dikurniakan cahaya mata seperti yang diimpikan. Pastinya pelbagai usaha diambil bagi mereka yang belum memiliki cahaya mata sendiri. Meskipun hal zuriat adalah kuasa Tuhan, kita sebagai hamba wajiblah berikhtiar selagi termampu. Pasti ada hikmah disebalik semua yang ditetapkan. Antara cara untuk meningkatkan kesuburan ialah dengan memperbaiki tahap kesihatan kita dan pasangan. Jom baca perkongsian daripada sahabat saya ini mengenai penantiannya untuk mendapatkan zuriat. "Assalamualaikum Saya Daud Mohamad. Berumur 33 tahun, telah berkahwin 11 tahun yang lalu dan dikurniakan seorang anak kini berumur 10 tahun. Setiap kali berjumpa dengan adik beradik dan saudara mara. Soalan yang pertama ditanya mesti soal anak. Bila lagi nak tambah anak? T