Posts

Showing posts with the label cucuk cecair lutut

CARA MENGATASI SAKIT LUTUT BAGI WARGA EMAS

Image
Kenapa ya, semakin meningkat usia, semakin kerap mengalami sakit lutut? Kenapa waktu muda takde pun sakit lutut ni? Hal ini disebabkan oleh cecair lutut yang semakin berkurang. Apabila berkurangnya cecair ini, geseran di dalam lutut kerap berlaku, daya serapan hentakan juga berkurang dan seterusnya menyebabkan kekerapan sakit lutut.  Resveratrol dan Collagen mampu tambahkan cecair lutut? Dalam satu jurnal kajian bertajuk  Scientific Evidence and Rationale for the Development of Curcumin and Resveratrol as Neutraceutricals for Joint Health (Int J Mol Sci. 2012; 13(4): 4202-4232.), dapat disimpulkan bahawa telah terbukti resveratrol boleh membantu meningkatkan kesihatan sendi, dengan mekanisme berikut ; 1. mengekalkan dan memperbaiki struktur dan struktur sendi 2. mengurangkan faktor yang menjadi punca sakit sendi Manakala Kolagen pula sememangnya membantu meningkatkan cecair di dalam lutut. Kolagen secara umumnya berkurangan seiring dengan pertambahan usia.