PANDUAN RINGKAS MENCARI TEMPAT LATIHAN INDUSTRI

Manusia belajar daripada pengalaman. Biarlah pengalaman yang Tim lalui dalam tempoh latihan industri ini memberi pengajaran bukan sahaja kepada Tim tetapi juga kepada mereka yang bakal menjalani latihan industri suatu hari nanti.

Mengikut pengalaman yang Tim sudah lalui, berikut adalah tips dalam memilih tempat latihan industri :

1. Bertanya kepada yang pakar atau lebih mengetahui.

Dalam hal ini, orang yang boleh kita rujuk adalah
>> Pensyarah yang merupakan Penyelaras/Penyelia Latihan Industri
>> Senior yang telah menjalani latihan industri pada semester-semester yang lepas

Hal ini amat penting bagi mengelakkan kita tersalah pilih tempat latihan industri yang bakal menyusahkan kita dan pensyarah kita pada kemudian hari.

Selain itu, terdapat juga Fakulti yang telah memiliki senarai syarikat atau agensi yang bagus dan tidak bagus untuk kita jalankan Latihan Industri. Jadi adalah elok jika kita merujuk dahulu kepada mereka kerana barangkali agensi tersebut sudah disenarai hitam daripada pilihan fakulti.

2. Memeriksa secara detail mengenai status kewangan syarikat dan melawat kawasan.

Hal ini lebih terarah kepada syarikat atau agensi swasta. Sangatlah perlu untuk kita mengetahui hal ini, kerana daripada pengalaman kenalan Tim sendiri, syarikat tersebut mempunyai bil tertunggak dan setelah 3 bulan tinggal di syarikat tersebut, bekalan air dipotong. Ia adalah satu mimpi ngeri jika anda tersalah masuk ke dalam syarikat yang tidak stabil dan bermasalah.

Adalah sangat bagus jika anda mampu pergi melawat dahulu syarikat yang anda inginkan itu supaya anda boleh mengetahui dan melihat sendiri suasana kerja yang bakal anda tempuhi sepanjang menjalani latihan industri.

Jangan hanya sekadar bergantung kepada perbualan telefon atau whatsapp kerana semuanya boleh diselindung.

3. Bertanyakan waktu dan hari bekerja.

Hal ini kerana, kadangkala bagi syarikat swasta, anda perlu masuk kerja pada hujung minggu. Jangan ingat hanya Isnin hingga Jumaat sahaja ya! Jangan dah mula latihan industri baru tau, susah nanti!


Comments

Popular posts from this blog

MUKA HEROT SECARA TIBA-TIBA! APA PERLU BUAT?

PENYAKIT TIBI. TIPS DAN IKHTIAR PENYEMBUHAN

KAKI BERLUBANG KERANA KENCING MANIS KINI TUMBUH SEMULA!