Posts

Showing posts from March, 2017

5 TIPS TURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI

Image
Penyakit darah tinggi adalah merupakan salah satu pembunuh utama rakyat Malaysia. Sesetengah pesakit tidak sedar bahawa mereka menghidap tekanan darah tinggi, sehinggakan tekanan sudah mencecah 200 baru tersedar!  Itu pun setelah ke hospital dan cek dengan doktor. Kalau tak memang tak tau diri sendiri ada darah tinggi. Tekanan darah tinggi amat bahaya kerana mampu membawa kepada tahap yang lebih teruk seperti strok, koma atau serangan jantung. Tekanan darah yang normal ialah 120/80 mmHg. Jika anda rasa seperti ada tanda-tanda anda menghidap darah tinggi seperti kerap pening kepala, pergilah berjumpa dengan doktor serta merta untuk mengetahui bacaan tekanan darah anda. Berikut adalah beberapa tips untuk pesakit darah tinggi  1. Amalkan pemakanan yang sihat . Pemakanan hendaklah dijaga terutamanya mengurangkan kuantiti pengambilan garam. Seperti yang kita sedia maklum, garam merupakan salah satu penyebab utama peningkatan tekanan darah. Elakkan makanan tinggi kandungan g