KENANGAN SHAKLEE CONFERENCE 2017 YANG TAKKAN DILUPAKAN

Alhamdulillah semalam 29 April berkesempatan menghadiri Shaklee Convention yang diadakan di Sunway Resort and Spa yang bersebelahan dengan Sunway Lagoon.

Perasaan bercampur baur nak ke sana. Teruja, seronok, gembira, segan, risau, takut, semua ada.

Tim pergi dengan upline kesayangan, Kak Riza Afzan. Kami bertolak dari Ipoh pada pagi semalam dan perhentian pertama adalah HQ baru Shaklee di Sunway Geo Tower.

Suasana meriah dengan para Pengedar Shaklee seluruh Malaysia yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke HQ baru.

Rata rata pengunjung berasa teruja dengan konsep baru  pembelian produk iaitu Pick And Pay seperti di pasaraya.

Setelah membeli serba sedikit produk yang diperlukan, kami terus ke Sunway Resort and Spa yang menjadi tempat berlangsungya program kali ini.

Playroom untuk para anak-anak terletak di Tingkat 10 manakala Dewan program ialah di Tingkat 15.

Sangat teruja dan gembira bila dapat berjumpa, bersalam dan berpelukan dengan sahabat sideline yang selama ini hanya jumpa di Whatsapp dan Facebook.

Ternyata rasa ukhwah dan kasih sayang itu lebih kuat bila berjumpa dan bersentuhan.

Seronok sangat terutamanya keluarga Ireach dibawah Master Lyna Noh dan Master Zainul yang sangat happening dan supportive.

Antara yang paling terkesan di hati adalah    sharing dari Master Lyna yang menceritakan BIG WHY beliau bersungguh sungguh dengan Shaklee adalah kerana anaknya Fahry.

Fahry dilahirkan pramatang dan kudung sebelah kaki. 

Kos untuk kaki palsu sangat besar dan perlu ditukar kerap kerana saiz yang bertambah. 

Jadi sebelum umur Fahry mencecah 7 tahun, Master Lyna decide bahawa salah seorang daripada mereka berdua perlu berhenti kerja 

Beliau juga mahu Fahry membesar dengan selesa dan tidak rendah diri dengan keadaan dirinya yang kudung 

Setelah berusaha, mereka mampu resign kerja 3 tahun lebih awal daripada target. 

Jadi Tim perlu refleks kembali apa BIG WHY Tim buat Shaklee ini supaya sentiasa on track dan tak give up.

 

Comments

Popular posts from this blog

MUKA HEROT SECARA TIBA-TIBA! APA PERLU BUAT?

PENYAKIT TIBI. TIPS DAN IKHTIAR PENYEMBUHAN

KAKI BERLUBANG KERANA KENCING MANIS KINI TUMBUH SEMULA!