KANSER PROSTAT PEMBUNUH SENYAP KAUM ADAM
Kaum Adam semestinya pernah mendengar istilah kanser prostat.
Kanser prostat adalah satu keadaan di mana kelenjar prostat
yang merupakan salah satu bahagian daripada alat reproduktif lelaki mengalami
pertumbuhan sel yang tidak normal. Di Amerika Syarikat, Persatuan Kanser
Amerika menganggarkan kira-kira 200,000 kes kanser prostat meningkat setiap
tahun.
Lelaki mempunyai risiko mendapat kanser prostat apabila
memasuki umur 30-an dan 40-an, tetapi risiko akan meningkat apabila mencapai
usia 50 tahun. Kanser ini mula dapat dikesan pada umur 65 hingga 74 tahun.
Kanser ini mempunyai 4 fasa
Apakah simptom-simptom yang memungkinkan seseorang itu
mendapat kanser prostat?
Berikut ialah beberapa keadaaan yang mungkin menjadi petanda
seseorang lelaki menghidap kanser prostat :
- Rasa sakit atau pedih apabila membuang air kecil
- Kencing yang lebih kerap daripada biasa
- Peningkatan jumlah air kencing yang mendadak
- Air kencing berdarah
- Kesakitan berterusan pada bahagian bawah belakang badan atau tulang pinggul
Tetapi, kadangkala simptom-simptom ini tidak akan muncul
sehinggalah kanser itu sudah berada pada tahap yang serius.
Kanser prostat adalah satu kanser yang berkembang pada kadar
yang sangat perlahan. Kanser ini akan membesar dua kali ganda dalam tempoh 6
tahun. Sebagai perbandingan, kanser payudara kebiasaannya akan membesar dua
kali ganda dalam masa 3 tahun setengah.
Nampak kan betapa perlahannya perkembangan kanser prostat ini?
Nampak kan betapa perlahannya perkembangan kanser prostat ini?
Oleh sebab itulah kanser ini susah untuk dikesan pada peringkat awal.
Punca utama kanser prostat masih sukar dikenalpasti. Tetapi,
terdapat beberapa faktor yang membawa kepada kanser prostat ini.
- Mereka yang mempunyai saudara terdekat ( bapa atau adik beradik lelaki) yang menghidap kanser prostat akan memiliki risiko lebih tinggi untuk menghidapnya.
- Mereka yang pernah mengalami jangkitan pada prostat
- Pernah mengalami penyakit bawaan seks
- Mereka yang pernah mengambil suntikan hormon testosterone
- Mengamalkan pemakanan yang tinggi kandungan lemak dan kurang pengambilan buah dan sayur
Setakat ini tiada rawatan khas untuk menyembuhkan kanser
ini, tetapi jika kanser ini dikenal pasti pada peringkat awal, peluang untuk
ianya diubati adalah lebih tinggi.
Antara nutrisi dan vitamin yang disarankan untuk penghidap
kanser prostat ialah :
- · CoEnzyme Q10
- · Colostrum
- · Garlic
- · Selenium
- · Vitamin A
- · Vitamin E
- · Vitamin B Complex
- · Vitamin C bersama Bioflavonoids
- · Vitamin D
Setakat ini , terdapat satu tonik khas yang dipercayai mampu
membantu para pesakit kanser prostat.
Tonik yang dimaksudkan itu ialah Vivix keluaran Shaklee.
Vivix yang kaya dengan kandungan resveratrol yang diekstrak
daripada Anggur Muskat dan 3 herba terpilih telah dikaji dan dikatakan mampu
merencatkan perkembangan sel kanser.
Comments
Post a Comment