KENANGAN SHAKLEE CONFERENCE 2017 YANG TAKKAN DILUPAKAN
Alhamdulillah semalam 29 April berkesempatan menghadiri Shaklee Convention yang diadakan di Sunway Resort and Spa yang bersebelahan dengan Sunway Lagoon. Perasaan bercampur baur nak ke sana. Teruja, seronok, gembira, segan, risau, takut, semua ada. Tim pergi dengan upline kesayangan, Kak Riza Afzan. Kami bertolak dari Ipoh pada pagi semalam dan perhentian pertama adalah HQ baru Shaklee di Sunway Geo Tower. Suasana meriah dengan para Pengedar Shaklee seluruh Malaysia yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke HQ baru. Rata rata pengunjung berasa teruja dengan konsep baru pembelian produk iaitu Pick And Pay seperti di pasaraya. Setelah membeli serba sedikit produk yang diperlukan, kami terus ke Sunway Resort and Spa yang menjadi tempat berlangsungya program kali ini. Playroom untuk para anak-anak terletak di Tingkat 10 manakala Dewan program ialah di Tingkat 15. Sangat teruja dan gembira bila dapat berjumpa, bersalam dan berpelukan dengan sahabat sideline yang selama ini hanya...