Bagaimana hidup pesakit SLE ini berubah
Ok berbalik pada cerita kawan saya.. Nama samaran kawan saya ialah Peen. Katanya jangan masukkan nama nanti jadi femes pulak hehehe.. Peen ialah seorang wanita berumur : belum sampai 30 tahun. Mempunyai dua orang cahaya mata. Pada tahun 2007, Peen telah didiagnos mempunyai penyakit SLE. Masa tu umur adalah 20-an. Kata Peen, semua simptom SLE telah dirasai olehnya. Ini termasuklah sakit-sakit badan, bengkak sendi, muka jadi merah, rambut gugur, ulser mulut, kadang-kadang tekanan darah menjadi tinggi. Semasa melahirkan anak pertama, Peen hampir kena sawan sehingga terpaksa dibedah . Baby Peen dilahirkan sebagai baby pramatang 7 bulan . Selepas dilahirkan, baby Peen mempunyai masalah dan berada dalam keadaan tidak selamat kerana terdapat jangkitan kuman . Pregnancy kedua ok, sebab dikatakan SLE ni tidak aktif semasa pregnant . Tetapi l epas bersalin terus menjadi aktif semula . Sehingga didapati urin Peen terlalu banyak protein. Ini menyebabkan Peen menjadi biopsi untu...